fbpx
Pertahanan Arsenal, Gabriel gagal menyudahkan sepakan penalti sekali gus menghadiahkan kemenangan 4-3 kepada PSG. - AFP

Final UCL: PSG tewaskan Arsenal menerusi penentuan penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUDAPEST – Paris Saint-Germain (PSG) mempamerkan semangat juang luar biasa apabila bangkit menewaskan Arsenal 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebentar tadi.

Arsenal yang tampil penuh disiplin hampir mencuri kemenangan selepas mendahului seawal minit keenam menerusi penyudah klinikal Kai Havertz.

Penyerang Jerman itu bijak memanfaatkan ruang di sebelah kiri sebelum melakukan larian ke dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan deras yang gagal diselamatkan penjaga gol PSG.

Gol tersebut memberi permulaan sempurna buat The Gunners yang kemudian mengubah pendekatan kepada corak permainan lebih bertahan bagi menyerap tekanan berterusan pasukan tuan rumah.

Sepanjang babak pertama, barisan kendalian Mikel Arteta mempamerkan organisasi pertahanan cukup mantap apabila hampir kesemua pemain berada di kawasan sendiri setiap kali PSG melancarkan serangan.

Bersambung pada babak kedua,, PSG meningkatkan tempo permainan dan terus menekan bagi memburu gol penyamaan yang amat diperlukan.

Usaha berterusan juara Perancis itu akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-63 apabila Christian Mosquera melakukan terjahan ke atas Kvaratskhelia untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada PSG.

Ousmane Dembele mudah menyempurnakan peluang tersebut untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Namun, kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan sehingga tamat masa sebenar dan tambahan masa, memaksa perlawanan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam aksi penuh debaran itu, PSG lebih tenang apabila berjaya menyempurnakan empat daripada lima sepakan mereka.

Sebaliknya, Arsenal dikecewakan oleh kegagalan Eberiche Eze dan Gabriel Magalhaes apabila sepakan yang diambil tersasar sekali gus menghadiahkan trofi kedua berturut-turut buat pasukan lawan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN