fbpx
KEDIAMAN rosak dirakam di lokasi kebakaran hutan di daerah Bedar, wilayah Almeria, selatan Sepamyol pada 10 Julai lalu. – AFP

12 warga asing rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Seramai 12  daripada 13 mangsa yang maut dalam kebakaran hutan di rantau Andalusia, selatan Sepanyol terdiri daripada warga asing, kata pihak berkuasa semalam selepas prosedur  bedah siasat selesai.

Seorang pegawai tempatan berkata, tujuh mangsa adalah dari United Kingdom, tiga dari Belgium  dan masing-masing seorang warga Perancis serta Amerika Syarikat. Mangsa terakhir pula warga tempatan.

“Semua 13 korban terdiri daripada lapan wanita dan lima lelaki, semuanya juga orang dewasa,,” kata agensi awam yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti mangsa.

Kebakaran hutan bermula Khamis lalu di wilayah  Almeria, rantau Andalusia. Wilayah itu menempatkan banyak kediaman warga asing dekat pantai Mediterranean.

Perkhidmatan kecemasan pada mulanya menemui 12 mayat rentung dan memerlukan sampel DNA  untuk mengenal pasti identiti  mangsa.

Kebakaran itu adalah antara  paling buruk  di Sepanyol dan berpunca daripada kabel elektrik yang jatuh di jalan raya. Api memusnahkan kira-kira 7,000 hektar tanah.

Pada 2025, lebih 393,000 hektar kawasan musnah akibat kebakaran hutan, kemusnahan paling luas dalam sejarah modern Sepanyol. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN