CUACA panas berlarutan yang melanda Terengganu sejak awal Mac lalu telah mencetuskan kira-kira 1,420 kes kebakaran terbuka di seluruh negeri ini. Lebih 88.7 peratus kebakaran terbuka yang direkodkan adalah melibatkan kemusnahan hutan dan belukar yang mencecah puluhan hektar. Antara kebakaran hutan berskala besar di Terengganu pada musim panas kali ini berlaku di Kuala Abang, Rhu Batil dan Bukit Bauk, Dungun serta Bandar Baru Kuala Nerus. Selain kerugian kemusnahan alam sekitar yang mengecilkan keluasan hutan Terengganu, kebakaran terbuka tersebut juga menjejaskan…














