GAMBAR ni menunjukkan reruai Meta semasa mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada 19 Januari 2026. - AFP

Itali denda Meta RM3.5 bilion, akses foto pengguna tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROM – Pengawal selia perlindungan data Itali mengenakan denda sebanyak AS$880 juta (RM3.5 billion) terhadap syarikat teknologi Meta, susulan dakwaan mengakses foto, video dan maklumat berkaitan dalam galeri telefon pengguna tanpa mendapatkan persetujuan khusus mereka.

Pihak berkuasa perlindungan data Itali dalam satu kenyataan semalam berkata, Meta yang juga syarikat induk Facebook, mengakses kandungan galeri pengguna menerusi aplikasi Facebook pada peranti Android tanpa memaklumkan mereka dengan sewajarnya.

Bagaimanapun, Meta menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan dan akan mengemukakan rayuan.

Jurucakap syarikat itu berkata, pihaknya amat tidak bersetuju dengan penilaian pengawal selia serta menyifatkan jumlah denda yang dikenakan sebagai tidak seimbang.

Denda terbaharu itu merupakan antara penalti terbesar pernah dikenakan oleh pihak berkuasa Itali terhadap syarikat teknologi.

Pada akhir Oktober lalu, pihak berkuasa di New Mexico, Amerika Syarikat (AS), turut mengarahkan Meta membayar AS$25 bilion (RM102 bilion)  kerana didakwa mengelirukan penduduk negeri itu selama lebih sedekad berhubung penggunaan data peribadi mereka.

Meta mengecam keputusan berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu bentuk cukai terhadap kebebasan bersuara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN