Keadaan parkir di luar Hospital Serdang yang dilanda banjir kilat.

Hujan lebat, kawasan luar Hospital Serdang dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan lebat petang ini menyebabkan kawasan jalan raya dan parkir di luar Hospital Serdang, Selangor dilaporkan dinaiki air sehingga menenggelamkan sebahagian tayar kenderaan.

Keadaan itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @fitrihamizannn yang memuat naik beberapa keping gambar memaparkan air keruh memenuhi laluan berkenaan.

Menerusi gambar tersebut, beberapa kenderaan dilihat berada dalam kawasan dinaiki air, manakala hujan lebat masih berlaku ketika rakaman dibuat.

“Info, info. Hospital Serdang sudah mula banjir,” tulisnya menerusi hantaran tersebut hari ini.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial termasuklah ada yang mendakwa kawasan berkenaan sememangnya sering mengalami banjir kilat setiap kali hujan lebat.

Seorang pengguna Threads, @radzuanridzuan mendakwa masalah tersebut sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu, namun masih belum menemui penyelesaian.

“Kawasan luar Hospital Serdang ini memang sudah biasa dinaiki air setiap kali hujan lebat sejak saya menjadi pelawat tetap pada tahun 2019. Sampai bila perkara ini perlu dibiarkan tanpa tindakan?” katanya.

Sementara itu, @my_man_sss mendakwa kejadian banjir kilat di kawasan berkenaan bukan perkara baharu.

“Tempat biasa banjir kilat sudah berpuluh tahun. Dalam satu jam surut. Perkara biasa,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @nooramaniosman turut memaklumkan paras air ketika melalui kawasan tersebut sudah mencecah hampir separuh tayar kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

“Baru lalu tadi, tengok air sudah dekat separuh tayar kereta yang diparkir di tepi jalan itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN