Tangkap layar rakaman siaran langsung yang tular memaparkan ulat dalam botol budu dan merayap dalam nasi kerabu.

[VIDEO] Nasi kerabu tak salah, dalam budu penuh ulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengalaman seorang wanita menikmati nasi kerabu bertukar menggelikan apabila dia terkejut melihat terdapat banyak ulat yang merayap di dalam makanan tersebut selepas budu dituang.

Menerusi rakaman siaran langsung yang tular, wanita itu dilihat menuangkan budu ke atas nasi kerabu sebelum menyedari terdapat ulat bergerak-gerak di celah-celah makanan berkenaan.

Situasi tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya geli melihat keadaan makanan berkenaan, malah ada yang mendakwa ulat itu sebenarnya sudah berada di dalam botol budu.

“Dalam budu tu yang ada ulat. Masa dia tinggalkan nasi kerabu tu tak nampak satu binatang pun yang gerak,” komen @nanafana_.

“Dari botol budu yang dia tuang. Sebab kat botol budu tu dah nampak ada ulat,” komen @nuranisasurkan.

Seorang lagi pengguna @miuemiueee turut berpendapat kedai yang menjual nasi kerabu itu tidak sepatutnya dipersalahkan sekiranya ulat berkenaan sebenarnya datang daripada budu milik wanita tersebut.

“Ulat tu dari botol budu rumah dia. Kesian kedai nasi kerabu jadi fitnah haha,” tulisnya.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang secara berseloroh mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu leka menggunakan telefon ketika menikmati makanan.

“Sebab itu jangan tengok telefon tengah makan. Adab dengan makanan (rezeki). Ini salah satu sebab kenapa orang tua-tua dulu marah bila anak makan sambil tengok televisyen. Ulat tu jadi protein tambahanlah ya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN