Gambar hiasan

Amaran ribut petir di Sabah, Sarawak hingga 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, amaran itu melibatkan seluruh Perlis serta beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

“Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu, Sik, Padang Terap, Baling dan Pokok Sena.

“Di Perak pula, amaran berkenaan melibatkan Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat,” katanya, hari ini.

MetMalaysia berkata, turut terlibat ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Rembau dan Port Dickson di Negeri Sembilan serta seluruh Melaka.

“Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Bau, Samarahan, Betong, Sarikei, Pakan dan Siburan.

“Sementara itu, di Sabah, amaran melibatkan Pitas, Kota Marudu, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Telupid, Paitan dan Tambunan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN