fbpx

Lantikan ketua kampung secara berfasa harus penuhi kriteria, ditapis secara ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) melihat barang jualan di pekarangan Dewan ADTECH, Taiping sempena Program Hari Mesra Bertemu Pelanggan hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS/KOSMO!

TAIPING – Pelantikan ketua-ketua kampung di Perak akan diselesaikan dalam masa terdekat dan secara berfasa agar semua yang dilantik memenuhi kriteria ditetapkan oleh pihak kementerian.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohammad berkata, setakat ini pelantikan ketua kampung bagi 158 buah Kampung Baharu Cina serta 17 buah Kampung Baharu India telah selesai dan baki sebanyak 829 buah Kampung Tradisi Melayu sedang dalam proses mengikut fasa dan berperingkat.

“Kita tidak menghadapi sebarang masalah dalam pelantikan untuk jawatan itu namun bagi memastikan ketua-ketua kampung yang dilantik menepati kriteria yang ditetapkan oleh pihak kementerian maka ia mungkin sedikit terlewat.

“Lagipun, lantikan kali ini juga dikenakan tapisan ketat supaya tiada calon yang mempunyai masaalah karakter serta yang mempunyai rekod jenayah dilantik dinegeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Negeri Perak Siri keempat 2023 di Dewan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping hari ini.

Menurutnya, lantikan ketua kampung dalam fasa pertama melibatkan kampung-kampung yang berada di 33 Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kerajaan manakala fasa kedua melibatkan kampung-kampung di 26 DUN yang diketuai oleh pembangkang.

“Oleh kerana ketua-ketua kampung yang dilantik itu mesti datang daripada parti -parti kerajaan yang memerintah, maka sudah tentu kita kena buat pemilihan yang betul dan menepati ciri-ciri dikehendaki serta lulus tapisan karektor iaitu tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

“Disebabkan perkara itu, kita lakukannya secara berperingkat dan berfasa,” katanya.

Tambahnya, lantikan ketua kampung kali ini juga menekankan kriteria calon mestilah menetap di kampung tersebut dan bukannya tinggal di tempat yang lain supaya calon yang dilantìk dapat memainkan peranannya secara menyeluruh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI