fbpx
BINTANG import, Wilmar Jordan Gil (dua dari kanan) terus menjadi nadi utama pasukan dengan menyumbangkan gol pertama Imigresen FC. - MFL

Liga Super: Negeri Sembilan hampa, Imigresen FC ceria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

SEREMBAN – Negeri Sembilan terus dihimpit kemarau kemenangan selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Melaka FC pada dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Keputusan itu turut menyaksikan persaingan di kelompok pertengahan liga makin sengit khususnya membabitkan Imigresen FC, Negeri Sembilan dan DPMM FC.

Terdahulu, Negeri Sembilan berjaya merobek gawang lawan menerusi Takumi Sasaki namun jaringan itu dibatalkan kerana pemain itu dikesan offsaid.

Tuan rumah harus menyalahkan diri sendiri gagal mendapatkan mata penuh kerana gagal menyudahkan beberapa peluang terbaik khususnya selepas kegagalan Joseph Esso menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-65.

Dalam aksi berasingan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Imigresen FC berada di kelas tersendiri apabila menang 3-1 ke atas DPMM FC.

Jordan Murray terlebih dulu meletakkan DPMM FC di depan pada minit ke-12 namun kelebihan itu hanya bertahan dua minit, menyaksikan Wilmar Jordan Gil menghasilkan jaringan penyamaan.

Aksi agak seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan di babak kedua namun serangan Imigresen FC nyata lebih berkesan apabila memperoleh dua lagi gol.

Fadzrul Daniel menghasilkan gol kedua tuan rumah pada minit ke-51 sebelum Fayadh Zulkifli melengkapkan kemenangan Imigresen FC pada minit ke-89. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN