Tahun lepas saya sempat berkunjung ke tempat ini. Apa yang menarik perhatian, banyak ikan peacock bass (PB) dan haruan yang kelihatan begitu jinak berlegar-legar di tebing tasik. Ketika itu, saya difahamkan aktiviti memancing masih tidak dibenarkan. Dahulu, sebelum wujudnya SVO, tasik atau bekas lombong ini sudah pun ada dan menjadi antara lokasi pancingan PB yang popular bagi penduduk tempatan serta luar. Sahabat saya, Nazreen mendapat maklumat daripada Facebook, Abdul Khafitd Hakim yang mengendalikan servis memancing di sana. Pucuk dicita, ulam……














