fbpx

Lucu budak lelaki tersepit celah peti ais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan keadaan kanak-kanak lelaki yang tersepit di celah peti ais ketika beraya.

PETALING JAYA- Gelagat lucu seorang kanak-kanak lelaki yang tersepit di celah peti ais ketika beraya mengundang tawa orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok @FahimBoulela memaparkan kanak-kanak lelaki itu menangis di celah peti ais sambil dibantu oleh ibu dan ibu saudaranya.

“Boleh pula melekat celah peti ais, waktu beraya rumah orang,” tulis pemilik di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai rata-rata terhibur dengan kejadian itu.

“Hang cari apa celah tu awang oi,” seloroh Pejuang Cintamu.

“Adik oh adik, kenapa main nyorok-nyorok dekat situ dik,” komen Erin.

“Tidak tahu nak kesian ke nak gelak, tapi makcik gelak dulu lah, maaf dik,” kata seorang pengguna. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI