fbpx

4,012 penduduk Langkawi naik RORO pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Nasir (kiri) bersama Ahli Lembaga Pengarah Langkawi Port Sdn. Bhd., Maswadi Rashid menyerahkan cenderamata kepada penumpang di Dermaga Tanjung Lembung, Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Sebanyak 1,701 kenderaan dan 4,012 penumpang akan menggunakan perkhidmatan feri membawa penumpang dan kenderaan jenis Roll On Roll Off (RORO) di Dermaga Tanjung Lembung, di sini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Pengurus Langkawi Port Sdn. Bhd., Muhd. Nasir Abdul Aziz berkata, jumlah kenderaan tersebut meningkat sebanyak lima peratus berbanding 1,626 kenderaan pada tahun lalu.

“Angka ini merupakan jumlah tertinggi berbanding lima tahun sebelum ini yang mana peningkatan itu dipercayai ekoran pertambahan perkhidmatan Roro bagi perjalanan Langkawi-Kuala Perlis,” katanya selepas menghadiri Program Selamat Pulang Perantau 2023 di Dermaga Tanjung Lembung, di sini hari ini.

Katanya, jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan RORO di sini dijangka meningkat sehingga 5,000 orang melibatkan penumpang yang membeli tiket secara terus di kaunter.

“Kita bersama agensi terlibat seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan syarikat perkapalan melakukan persediaan awal untuk menyelaras prosedur berkaitan kenderaan yang keluar ke tanah besar sepanjang waktu puncak selama lima hari bermula semalam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI