fbpx
Pengoperasian feri Kuala Perlis-Satun yang bermula hari ini menjadi laluan alternatif kepada pelancong, sekali gus mampu mengurangkan kesesakan di pintu sempadan Padang Besar dan Wang Kelian pada musim cuti.

Feri Kuala Perlis-Satun kurangkan kesesakan di Padang Besar, Wang Kelian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PERLIS – Pengoperasian feri Kuala Perlis-Satun yang bermula hari ini menjadi laluan alternatif kepada pelancong, sekali gus mampu mengurangkan kesesakan di pintu sempadan Padang Besar dan Wang Kelian pada musim cuti.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, pembukaan semula laluan itu turut memberi manfaat kepada sektor pelancongan serta memudahkan urusan penduduk selatan Thailand yang mempunyai hubungan kekeluargaan di Perlis.

Katanya, penduduk dari Pulau Panjang, Puyu, Tanjung Gaboh dan Temerlang boleh menggunakan laluan itu melalui proses imigresen biasa termasuk pemeriksaan dan cop pasport.

“Dengan adanya pembukaan laluan ini, banyak isu dapat diselesaikan termasuk urusan kemasukan melalui laluan yang sah.

“Daripada segi ekonomi pula, Kuala Perlis dijangka menerima lebih ramai pelancong dan pengunjung dari Thailand yang datang membeli barangan keperluan harian serta membantu merancakkan ekonomi setempat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Pejabat Imigresen Kuala Perlis, di sini hari ini.

Pengoperasian penuh laluan itu dimulakan dengan ketibaan feri dari Satun ke Kuala Perlis pagi tadi oleh delegasi Thailand diketuai Timbalan Gabenor Satun, Nopporn Nupech.

Perjalanan feri bagi laluan tersebut mengambil masa kira-kira 40 minit sehala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN