fbpx
SEBATANG pen telah menyelamatkan nyawa misi angkasawan Apollo 11. - Sotheby’s.

Pen selamatkan nyawa angkasawan dilelong RM3.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Sebatang pen yang pernah menyelamatkan nyawa angkasawan Apollo 11 dilelong pada harga AS$857,600 (RM 3.5 juta) dalam satu acara lelongan eksklusif, lapor halaman berita Popular Science.

Pen tersebut dilelong dalam satu acara Space Exploration yang dikendalikan oleh firma pelelong terkemuka, Sotheby’s, memamerkan pelbagai barangan ikonik mengenai sejarah penerokaan angkasa lepas.

Mengimbas kembali sejarah pada 20 Julai 1969, angkasawan terkemuka Neil Armstrong dan Buzz Aldrin telah meluangkan masa selama kira-kira tiga jam bagi mengumpul sampel batuan dan debu di permukaan bulan.

Bagaimanapun, detik cemas berlaku semasa mereka sedang memanjat masuk semula ke dalam Modul Lunar untuk bersiap sedia pulang ke Bumi. 

Beg galas sokongan hayat pada pakaian angkasa Aldrin secara tidak sengaja telah terlanggar suis pemutus litar modul berkenaan sehingga patah.

Insiden tersebut berpotensi meragut nyawa kesemua angkasawan Apollo 11 kerana mereka mungkin terkandas di bulan. 

Namun, tindakan pantas dan kebijaksanaan Aldrin berjaya menyelamatkan keadaan apabila beliau menyumbat sebatang pen ke dalam panel tersebut untuk dijadikan sebagai suis sementara. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN