fbpx
LUKISAN yang berjudul ‘Wanita Melayu’ itu merupakan hasil karya Irma Stern. - Strauss & Co

‘Wanita Melayu’ catat harga lebih RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CAPE TOWN – Sesi lelongan seni June Spotlight Sale yang dikendalikan oleh firma Strauss & Co, meraih kutipan keseluruhan R12.7 juta  (RM3.1 juta) daripada jualan 52 lot karya seni, lapor laman berita Time Out.

Tarikan utama lelongan  itu ialah potret ikonik memaparkan seorang wanita Muslim Cape yang meraih harga jualan begitu tinggi.

Potret berjudul ‘Wanita Melayu’ itu merupakan hasil karya Irma Stern yang dilukis pada tahun 1936. 

Anggaran awal nilai lukisan tersebut adalah antara R3 juta (RM740,000) hingga R5 juta (RM1.2 juta). 

Ia akhirnya dibeli oleh seorang individu misteri melalui bidaan  telefon pada harga R5,032,500 (RM1.24 juta)  sekali gus mencapai sasaran anggaran tertinggi dan muncul  bintang utama  jualan tersebut 

Para peminat seni antarabangsa menyifatkan karya ‘Wanita Melayu’ sebagai sebuah naskhah visual yang luar biasa. 

Ia menggabungkan kehebatan emosi  tenang mirip komposisi Zaman Biru Pablo Picasso, namun diimbangi dengan perspektif unik Stern yang berakar umbi daripada identiti Afrika Selatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN