fbpx
Jamal dan Teresa

Aset milik Jamal Yunos akan dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 22 Jun, bagi lelongan 14 aset milik Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos telah disita di kediamannya di Ampang, Selangor berhubung kegagalan menbayar kos sebanyak RM66,061.85 kes saman fitnahnya.

Perkara itu disahkan peguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Teresa selaku plaintif ketika dihubungi media hari ini.

Menurut peguam itu, pada masa sama mahkamah turut menolak permohonan tuntutan interplider yang dikemukakan seorang individu dan anak lelaki Jamal iaitu Muhammad Amin Daniel yang mendakwa barangan yang disita adalah milik mereka.

Bagaimanapun individu itu menarik balik permohonan tuntutan interplidernya yang mana mahkamah memerintahkan lelaki itu perlu membayar kos sebanyak RM2,000

“Manakala permohonan Muhammad Amin Daniel telah ditolak dengan kos sebanyak RM8,000. Sehubungan itu, tiada lagi halangan terhadap prosiding pelaksanaan penghakiman.

“Lelongan barang-barang yang telah disita telah ditetapkan pada 22 Jun 2026 pukul 10 pagi,” katanya selepas prosiding dihadapan Penolong Kanan Pendaftar Qasiratul Jannah Usmani Othman secara sidang video.

Sebelum ini, Writ Penyitaan telah dilaksanakan dengan sewajarnya, dan sejumlah 14 item telah dirampas di rumah) yang mana barangan yang dirampas kini sedang menunggu pelupusan secara lelong.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan penyitaan harta alih di kediaman Jamal selepas gagal membayar kos berjumlah RM66,061.85 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berhubung kes saman fitnah berkaitan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN