fbpx

Lelaki cuba cabul ramai wanita, tunjuk kemaluan ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (melutut) ketika ditangkap Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, kira-kira pukul 1.15 petang tadi.

PADAWAN – Seorang lelaki ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan kira-kira pukul 1.15 petang tadi kerana disyaki cuba mencabul beberapa wanita dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia lingkungan 20-an itu dicekup di sebuah kilang di Jalan Batu Kawa hasil maklumat orang awam.

“Suspek akan mengekori mangsa dan apabila tiba di kawasan sunyi suspek mengambil kesempatan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa. Suspek akan direman di Mahkamah Kuching esok untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abang Zainal, setakat ini pihak polis menerima sebanyak enam laporan kejadian mangsa cuba dicabul kehormatan dan juga tindakan suspek melakukan kelucahan melampau.

Kata beliau, polis turut merampas sebuah motosikal, dua buah topi keledar serta pakaian suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI