fbpx

SKMM nafi hantar emel tawar bantuan pindah hadiah wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan bahawa Pengerusi Suruhanjaya itu tidak pernah menghantar sebarang emel atau mesej kepada orang awam berhubung tawaran bantuan memindahkan hadiah kemenangan berbentuk wang tunai.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengingatkan orang awam untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan emel palsu.

“Pengerusi SKMM tidak pernah menghantar sebarang emel kepada orang awam berhubung tawaran bantuan untuk memindahkan hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM270,000 daripada syarikat Telekom Malaysia kepada akaun bank individu penerima emel.

“Elakkan daripada memberikan butiran peribadi seperti maklumat perbankan internet dan maklumat kad pengenalan kepada individu yang tidak dikenali,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Pada masa sama, SKMM turut menggesa orang awam untuk segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya mereka membuat transaksi perbankan kepada mana-mana akaun bertujuan untuk yuran pemprosesan sebelum hadiah kemenangan dituntut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI