fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sekumpulan guru memakai beberapa kalungan wang kertas. - TikTok 

Guru dikecam, terima berkalung-kalung duit semasa majlis perpisahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekumpulan guru sekolah rendah di Brebes, wilayah Jawa Tengah dikecam orang ramai apabila menerima kalungan wang kertas daripada ibu bapa murid semasa majlis perpisahan, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan sejumlah guru wanita dan lelaki berdiri di atas pentas sambil memakai beberapa kalungan wang. 

Lebih mengejutkan, setiap ibu bapa yang hadir dan naik ke pentas turut menghulurkan wang kepada mereka. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 16,200 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Berbeza guru zaman sekarang dan dulu. Guru-guru dulu ingin mencerdaskan anak bangsa, sekarang semua nak menjadi kaya raya,” kata seorang netizen. 

“Sebagai seorang guru, saya akan menolak apa-apa hadiah pemberian murid atau wakilnya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN