fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pasukan polis menggesa warga setempat untuk memulangkan duit tersebut. - TikTok

Polis minta penduduk pulangkan wang lebih RM197,000 dikutip di tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular di Indramayu, wilayah Jawa Barat memaparkan penduduk sebuah perkampungan berebut-rebut mengutip wang tunai berjumlah 850 juta rupiah (RM197,679) yang bertaburan di tengah jalan, lapor portal berita Lambe Turah, 

Wang tersebut dipercayai dilarikan oleh sekumpulan pencuri daripada ejen BRILink Guwa Kidul. 

Mereka kemudian menabur duit tersebut ke tengah jalan berhampiran Blok Pondokasem di Desa Jengkok ketika melarikan diri bagi mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan seorang pegawai polis menggesa warga setempat untuk mengembalikan wang tersebut untuk dijadikan sebagai bahan bukti. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 178,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Jangan pulangkan duit itu kepada polis!” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN