fbpx

Dewan Negara: Kes jenayah libat polis, tentera menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah kes jenayah melibatkan anggota pihak polis, tentera dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mencatatkan penurunan dalam tempoh lima tahun sejak 2019.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, kes jenayah tersebut dilaporkan menurun hasil daripada langkah proaktif kementerian dalam meningkatkan integriti anggota keselamatan.

“Tahun 2019 kita catat 730 kes, 2020 (683 kes), 2021 (656 kes), 2022 (537 kes) dan setakat Februari tahun ini ada 75 kes.

“Secara keseluruhan, sebanyak 2,681 kes jenayah melibatkan polis, tentera dan APMM,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Senator Datuk Paul Igai mengenai jumlah kes jenayah melibatkan anggota keselamatan bersenjata.

Justeru, beliau berkata, pihak kementerian tidak sesekali berkompromi dan akan mengambil tindakan segera sekiranya terdapat kes jenayah melibatkan anggota keselamatan.

“Kita akan teruskan usaha tingkatkan disiplin anggota dari semasa ke semasa dan sediakan kursus serta maklumat tanggungjawab sebenar yang perlu dilakukan.

“Kalau kita rujuk kenapa kes (jenayah) seperti ini berlaku adalah mungkin disebabkan masalah peribadi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI