fbpx

Kes dadah paling tinggi didaftarkan di Kelantan tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Maimun (duduk, dua dari kiri) bergambar bersama Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra (duduk, empat dari kiri) selepas Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Tunjong di Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kes jenayah melibatkan dadah mencatatkan jumlah tertinggi yang didaftarkan di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Tunjong di sini sepanjang tahun lalu iaitu dengan sebanyak 3,683 kes.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tengku Tuan Mat berkata, jumlah kes itu dicatatkan daripada 6,412 kes yang turut melibatkan kes jenayah lain dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, kes terbabit melibatkan pendaftaran di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu sebanyak 72 kes, Mahkamah Sesyen melibatkan tangkapan kes dadah (254 kes) dan di Mahkamah Majistret (3,357 kes)

“Bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu, sebanyak 13,579 pendaftaran kes sivil dan kes jenayah di semua peringkat mahkamah di Kompleks Mahkamah Kota Bharu.

“Selain itu, kes melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang didaftarkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu juga membimbangkan iaitu sebanyak 59 kes berbanding kes jenayah seksual melibatkan golongan dewasa sebanyak 18 kes sahaja,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Tunjong di sini hari ini.

Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra berkenan mencemar duli untuk merasmikan majlis tersebut dengan diiringi Cik Puan Kelantan, Sofie Louise Johansson dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Mengulas lanjut, Tengku Maimun berkata, semua pihak perlu sentiasa cakna dalam memastikan hak dan kebajikan kanak-kanak diberikan keutamaan dan mangsa kanak-kanak diberikan perlindungan yang sewajarnya.

Menurutnya, kes jenayah seksual kanak-kanak sentiasa diberikan keutamaan di mahkamah menerusi pengendalian prosiding dalam mahkamah khas jenayah seksual kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI