fbpx

MDEC, KPMG jalin kerjasama galak pertumbuhan 20 syarikat pemula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naib Presiden Kanan MDEC, Gopi Ganesalingam (dua kiri) dan rakan kongsi urusan KPMG di Malaysia, Datuk Johan Idris menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama antara MDEC dan KPMG di Ibu Pejabat MDEC, Cyberjaya, hari ini.

CYBERJAYA- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menjalin kerjasama dengan firma perkhidmatan profesional, KPMG bagi menggalakkan pertumbuhan 20 syarikat pemula atau ‘start ups’ untuk menjadi syarikat unicorn menjelang 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz berkata, Founders Centre for Excellence (FOX) kendalian MDEC adalah inisiatif intervensi untuk menyediakan sokongan kepada syarikat terpilih yang berpotensi tinggi menjadi ‘unicorn’ seterusnya.

“Objektif kami adalah mengembangkan lima syarikat unicorn dari Malaysia menjelang 2025 dengan menumpukan kepada strategi serampang dua mata daripada segi meningkatkan kebolehupayaan dan penambahbaikan untuk semua pengasas teknologi yang ingin mempercepatkan pertumbuhan mereka.

“Enam tonggak utama menerusi program FOX termasuklah intervensi polisi, pengembangan perniagaan, pelaburan bernilai tinggi, perundingan serta pemerolehan bakat dan bimbingan,” katanya.

Ucapan beliau dibacakan oleh Naib Presiden Kanan MDEC, Gopi Ganesalingam pada program pertukaran dokumen kerjasama antara MDEC FOX dan KPMG di Ibu Pejabat MDEC di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerjasama yang terjalin itu termasuk menyediakan perundingan serta nasihat antaranya mengenai fintech dan inovasi, ketahanan teknologi, kesinambungan perniagaan, infrastruktur dan tadbir urus serta risiko dan pematuhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI