fbpx
Saarani (tengah) ketika melawat kilang Yantai Yatong Precision Mechanical Technology di Suzhou, China semalam.

Syarikat berkaitan automotif dari China mahu labur RM423 juta di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Syarikat pembekal komponen automotif dari China, Yantai Yatong Precision Mechanical Technology memilih Perak sebagai destinasi bagi kilang pertama luar negara milik mereka.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagi tujuan tersebut, syarikat yang berpangkalan di Changshu, Suzhou itu akan melabur RM160 juta di negeri ini.

“Kunjungan delegasi kerajaan negeri ke Yantai Yatong Precision Mechanical Technology di Changshu, Suzhou semalam beri petunjuk yang amat positif buat Perak.

“Syarikat yang berpengalaman lebih dari 20 tahun ini membekalkan komponen automotif bagi pelbagai jenama kenderaan terkemuka dunia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Saarani berkata, syarikat itu telah menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi serta bina kilang pertama mereka sendiri di luar negara dan memilih Perak sebagai destinasi pelaburan.

“Dengan jumlah pelaburan bernilai RM160 juta di Tanjong Malim Hi-Tech Park, ia akan merancakkan lagi landskap automotif negara khususnya Negeri Perak sebagai hub industri automotif serantau.

Insya-Allah, kita akan terus beri komitmen tinggi bagi memastikan pelaburan berkualiti terutamanya dari sektor automotif dapat ditempatkan di Perak sekali gus menjana peluang pekerjaan berkualiti kepada anak-anak tempatan,” katanya.

Terdahulu, Saarani berkata, lawatan delegasi Perak ke Ningbo Fresh Technology Co., Ltd. di Shanghai juga membuka ruang kepada pelaburan baharu bernilai RM263 juta di Tanjong Malim Hi-Tech Park.

Beliau berkata, syarikat itua sebelum ini sudah pun mempunyai kilang pembuatan komponen automotif yang sedang beroperasi di Tanjung Malim dan kini mahu kembangkan lagi operasi mereka.

“Pelaburan ini dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta merancakkan perkembangan industri automotif negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN