fbpx

Pertikai pembebasan Najib ibarat hina mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Tindakan pihak yang mempertikaikan keputusan melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada pertuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) disifatkan sebagai menghina mahkamah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, tiada campur tangan dari pihak kerajaan dalam keputusan yang dibuat oleh mahkamah itu dan proses perundangan tersebut haruslah dihormati semua pihak.

“Ini proses mahkamah, jadi kita perlu hormati, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkali-kali ulangi bahawa beliau dan kerajaan tidak akan mencampuri urusan prosedur mahkamah.

“Jika ada yang membuat dakwaan kerajaan campur tangan atau mempertikaikan keputusan tersebut, itu adalah perbuatan menghina mahkamah,” katanya pada sidang akhbar pasca Mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

Ujar beliau, prosedur mahkamah perlu melalui proses-proses tertentu dan semua pihak harus menghormatinya.

Terdahulu, terdapat segelintir pengguna media sosial yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang membebaskan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dari pertuduhan meminda laporan audit 1MDB, tujuh tahun lalu.

Tinjauan lanjut yang dilakukan juga mendapati terdapat segelintir pengguna media sosial turut mendakwa terdapat campur tangan daripada kerajaan yang membawa kepada pembebasan bekas perdana menteri itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI