fbpx

Rujuk peguam jika akaun masih beku – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin hadir pada Majlis Kesyukuran Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin, di Kompleks Kejiranan Presint 8, Putrajaya tadi.

PUTRAJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan merujuk kepada peguam parti bagi tindakan selanjutnya jika akaun parti mereka masih dibekukan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau percaya akaun yang dibekukan itu ada asas untuk dilepaskan dan dicairkan semula.

Beliau berkata, pihaknya sudah menghantar surat rayuan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melepaskan akaun itu beberapa hari lalu.

“Kita sudah hantar surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki supaya mempertimbangkan rayuan ini dalam tempoh 14 hari.

“Saya yakin SPRM adalah badan profesional dan agensi itu tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak termasuk parti pemerintah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin di sini hari ini.

Katanya, beliau berharap akaun parti dicairkan semula untuk memudahkan urusan parti terutama Perikatan Nasional (PN) bagi persiapan pilihan raya negeri (PRN).

“Kami akui tindakan pembekuan parti itu merencatkan usaha partinya untuk mengatur persediaan menjelang PRN,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI