fbpx

Guru bersara tidak suka hadiah set lukisan, mahu set cadar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pesara guru berterus-terang tidak menyukai hadiah persaraan yang diterimanya membuatkan ramai orang mengecamnya.

Perkara itu dikongsi oleh salah seorang individu dipercayai guru di sekolah terbabit yang turut terlibat dalam kerja-kerja mengumpul dana bagi menyediakan hadiah serta persiapan majlis persaraan itu.

“Hari itu buat majlis persaraan, biasalahkan kumpul duit sama-sama panitia atau unit khas untuk beri hadiah kepada orang yang bersara. Apa perasaan bila penat-penat cari hadiah, habis majlis, awak terima mesej seperti ini?,” ciapnya di Twitter.

Melalui perkongsian tangkap layar mesej yang diterima melalui WhatsApp itu, individu berkenaan meluahkan rasa kecewa dengan hadiah yang diterimanya, malah menganggap ia tidak setimpal dengan sumbangannya sebelum ini.

“Saya amat kecewa dengan hadiah kamu semua berikan. Sebelum ini sesiapa tinggalkan jabatan ini, kamu berikan apa yang mereka mahu contohya beg tangan. Kenapa kamu tidak tanya apa yang saya mahu?

“Saya sudah sumbangkan bahagian saya selama ini, tetapi tengok bagaimana kamu layan saya. Siapa yang pandai-pandai beli itu ambil sajalah. Saya tak nak simpan benda yang saya tak suka. Saya tak suka simpan dalam hati, baik luahkan perasaan pada masa ini juga sebelum tukar fikiran,” katanya.

Difahamkan, hadiah yang diberikan merupakan set lukisan perhiasan serta rak rempah.

Individu itu turut berkata, dia juga layak menerima hadiah yang elok dan disukainya, malah turut memaklumkan apa sebenarnya yang mahu diinginkan sebagai hadiah persaraan.

“Saya akan gembira kalau panitia boleh beri saya set ‘comforter’ kalau boleh corak berbunga. Terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu, saya boleh ‘top up’ kalau awak mahu.

“Atau beg ‘travel’ berwarna merah jambu. Saya rasa saya layak untuk dapatkan sesuatu yang berguna untuk persaraan saya,” katanya lagi.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna Twitter menyelar sikap pesara guru itu yang dianggap tidak bersyukur atas pemberian ikhlas dari orang lain.

“Hadiah ini atas budi bicara orang yang memberi, hargai sajalah. Minta macam-macam pula,” kata Syahir.

“Jangan layan, mana ada orang bagi hadiah ikut pilihan. Itu bukan hadiah dah, itu permintaan,” kata Diyana.

“Okey juga ada orang bagi hadiah bersara, kalau tak bagi baru tahu. Terima sajalah apa yang orang beri. Kalau memilih sangat, belilah sendiri,” kata Rul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI