fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Zarif_Zafirah memaparkan hadiah dan nota ringkas yang dihadiahkan kepada seorang pengawal keselamatan.

‘Terima kasih tolong jaga anak saya’, pengawal keselamatan terima hadiah hari guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang anak meluahkan rasa terharu selepas bapanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah menerima hadiah hari guru daripada ibu bapa seorang murid.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh pengguna Zarif_Zafirah, terdapat sekeping nota penghargaan yang dikirimkan bersama sebuah hadiah buat bapanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan.

“Abah hantar gambar kat WhatsApp, ada orang bagi abah hadiah sempena hari guru. Terima kasih orang baik,” katanya.

Bungkusan hadiah tersebut turut disertakan dengan sekeping nota bertulis tangan dengan mesej ringkas.

“Pak cik ‘guard’, terima kasih tolong jaga anak saya,” tulis ibu bapa murid itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut terharu dengan sikap ibu bapa murid tersebut yang bukan saja menghargai jasa guru, tetapi juga pengawal keselamatan.

“Pengawal keselamatan pun berhak dapat hadiah hari guru sebab mereka juga yang menjaga anak-anak dalam kawasan sekolah,” ujar Xonienaz.

“Ada anak nanti saya akan pastikan untuk buat macam ini supaya lebih menghargai orang di sekeliling kita,” tambah Izatirahim_ pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN