fbpx
SEORANG pesara polis berusia 64 tahun ditemukan tidak bernyawa di dalam rumahnya di Bukit Katil, Melaka. - Foto hiasan

Pesara polis ditemukan tidak bernyawa dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Taman Bukit Katil di sini membongkar penemuan mayat seorang pesara polis yang dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Mangsa, yang berusia 64 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya selepas jiran menghubungi polis kira-kira pukul 6.30 petang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Senior Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian terbongkar selepas jirannya mula curiga apabila tidak melihat kelibat lelaki itu keluar rumah sejak empat hingga lima hari, selain terhidu bau busuk dari kediaman terbabit.

Katanya, sepasukan polis bersama anggota bomba kemudian bergegas ke lokasi sebelum pintu rumah dipecahkan untuk pemeriksaan lanjut.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, pihak berkuasa menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mayatnya sudah mereput.

“Pegawai perubatan dari Hospital Melaka yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan lelaki berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.

Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada tubuh mangsa atau di lokasi kejadian.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara pihak polis masih berusaha menghubungi waris si mati untuk urusan lanjut.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan punca kematian didapati disebabkan tiga salur jantung tersumbat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN