fbpx
Lima jenazah mangsa nahas dibawa ke Masjid Jamek Al-Abidi, Merbok untuk disembahyangkan dan dikebumikan pagi ini.

Nahas 6 maut: Jenazah lima sekeluarga dibawa ke Masjid Jamek Al-Abidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Jenazah lima sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan dengan lori tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini semalam telah selesai dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Jenazah tersebut ialah Ahmad Syafiq Ahmad Shukri, 29, seorang anggota polis, isterinya, Jamaliah Sannusi, 29, serta bayi mereka, Ahmad Mikail yang berusia dua bulan.

Dua lagi jenazah ialah adik Ahmad Syafiq, Ahmad Fahim, 21, pemilik Proton X50 berkenaan yang bekerja sebagai jurujual di kedai telefon serta ibu mereka, Nora Mohd. Husin, 55.

Kesemua jenazah kemudian dibawa ke Masjid Jamek Al-Abidi di Simpang Tiga Pasir, Merbok di sini untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam di situ. 

Lima jenazah itu dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini.

Terdahulu, jenazah anak saudara Ahmad Syafiq iaitu Iskandar Affan Ibrahim, 7, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Kuang, Penaga, Pulau Pinang kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia dua bulan maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 dan lori muatan tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini kira-kira pukul 3.45 petang semalam.

Mangsa yang terkorban ialah pemandu kenderaan itu, Ahmad Syafiq yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Balai Polis Nibong Tebal.

Turut maut ialah isterinya, Jamaliah yang merupakan seorang jururawat, serta bayi mereka, Ahmad Mikail yang baru berusia dua bulan. Seorang lagi anak pasangan itu, Aulia Sofea, 3, dilaporkan cedera parah pada bahagian muka.

Tiga lagi mangsa yang maut ialah Ahmad Fahim, Nora Mohd. Husin serta Iskandar Affan yang merupakan anak saudara kepada Ahmad Syafiq. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN