fbpx
Keadaan mangsa yang maut dan motosikal dalam kemalangan di Kilometer 53 Jalan Teluk Intan-Klang, Sabak Bernam.

Pelajar 15 tahun maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum digilis di Kilometer 53 Jalan Teluk Intan-Klang di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu mengakibatkan remaja berusia 15 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang Yamaha Lagenda berada di lorong kanan dari arah Klang menghala ke Teluk Intan.

“Setibanya di lokasi, sebuah lori di lorong kiri mengubah haluan lalu bergesel dengan motosikal itu sehingga mangsa terjatuh dan dipercayai digilis.

“Remaja itu disahkan maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) bagi bedah siasat,” katanya pagi ini.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu sehingga menyebabkan kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Atikah Md. Ali di talian 013-3328212 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN