fbpx
Tangkap layar kejadian kemalangan maut di berhampiran Aeon Big menghala ke Lebuh Raya LKSA, Seksyen 23, malam tadi.

‘Shah Alam berduka’, lagi nahas maut dalam tempoh kurang 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hantaran Facebook Kosmo! bertajuk ‘Shah Alam berduka’ mengenai kesesakan lalu lintas susulan kemalangan maut di Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) pagi tadi mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sedih selepas mengetahui satu lagi kemalangan maut turut berlaku pada malam sebelumnya di jalan berhampiran Aeon Big menghala ke Lebuh Raya LKSA,Seksyen 23, sekali gus menjadikan dua nahas yang meragut nyawa berlaku dalam tempoh kurang 24 jam di Shah Alam.

Azyta Adira Alias berkata, Shah Alam seolah-olah diselubungi duka berikutan dua kemalangan yang meragut nyawa dalam tempoh singkat.

“Ada kemalangan jiwa. Shah Alam berduka sebab kemalangan jiwa. Ada dua, malam tadi satu dan pagi ini satu, melibatkan penunggang motosikal,” katanya.

Rizwan Syah pula mendakwa terdapat tiga kemalangan berlaku dalam tempoh 24 jam dengan lokasi kejadian yang berdekatan antara satu sama lain.

Turut berkongsi pandangan, Syed Mokhtar mendakwa kedua-dua nahas maut itu berlaku dalam tempoh kurang 12 jam dan masing-masing membabitkan motosikal serta lori.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa selain mengingatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika memandu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN