fbpx
CIK B menerima kejutan hadiah Lamborghini Urus yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta daripada ibunya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-21.

Hebat Cik B, selepas Brabus G63 dapat Lamborghini Urus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Impian jadi realiti, penyanyi dan pempengaruh, Cik B menerima hadiah kereta mewah Lamborghini Urus yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta daripada ibunya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-21.

Pemilik nama lengkap Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin itu bagaimanapun berasa tidak layak untuk menerima hadiah tersebut memandangkan ibunya, Datuk Seri Vida sudah pernah membelikan sebuah kenderaan mewah sebelum ini.

“Saya memang tak sangka langsung. Mama ada tanya nak apa sempena ulang tahun kali ini dan saya ada cakap nak Lamborghini Urus warna biru.

“Tapi tiba-tiba hari ini saya dapat kejutan Lamborghini Urus warna hitam. Alhamdulillah, mama tunaikan permintaan saya.

“Kadang-kadang saya rasa macam tak layak dapat semua ini. Saya memang pernah beritahu itu kereta idaman, tapi saya tak perlukan pun sebab sebelum ini mama sudah belikan Mercedes Brabus G63,” katanya kepada HibGlam selepas konsert keenam Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), semalam.

Bercerita lanjut, Cik B mendedahkan adiknya iaitu Kacak merupakan individu yang bertindak menguruskan segala proses pembelian kenderaan mewah tersebut.

“Saya rasa semua orang rahsiakan benda ini daripada saya.

“Adik saya yang uruskan semuanya, pergi jumpa orang itu dan orang ini untuk dapatkan kereta tersebut,” kongsinya.

Di sebalik kemewahan yang dikecapi, Cik B sebenarnya menyimpan hasrat murni untuk membanggakan serta menyenangkan hidup ibunya sebagai tanda membalas jasa.

“Apa yang saya nak buat adalah membanggakan mama. Saya nak sampai satu tahap bila mama nak pergi bercuti, saya boleh belikan tiket, apa sahaja mama nak, saya boleh sediakan.

“Saya nak muliakan balik mama saya. Saya nak dia berehat, duduk rumah, pergi bercuti dan tak perlu lagi fikir soal bisnes, biar saya yang uruskan semuanya.

“Tapi saya tahu bukan mudah untuk ambil alih perniagaan mama. Mama ada lebih 200 pekerja dan saya sendiri tertanya-tanya macam mana seorang ibu tunggal mampu menguruskan semua itu,” luahnya.

Semalam, Cik B menerima kejutan hadiah hari jadi yang diatur sewaktu siaran langsung konsert keenam TTMM2.

Cik B kelihatan sebak dan seakan-akan tidak percaya menerima jentera idamannya sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN