fbpx

Gempa bumi Turkiye: Lebih 2,300 terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada runtuhan bangunan di bandar Afrin, Syria, hari ini. – AFP

ANKARA – Angka kematian dalam kejadian gempa bumi di Turkiye meningkat kepada 1,498 selain sekurang-kurangnya 810 orang turut terbunuh di Syria.

Ia menjadikan jumlah korban keseluruhan setakat ini sebanyak lebih 2,300.

Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter itu menggegarkan Turkiye pukul 4.17 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman sekitar 17.9 kilometer (km).

Koresponden AFP di utara Syria berkata, penduduk yang ketakutan berlari keluar dari kediaman mereka selepas gempa bumi itu berlaku di bandar Gaziantep, Turkiye, yang terletak kira-kira 40 km dari sempadan Syria.

Setakat ini, gempa tersebut telah membunuh sekurang-kurangnya 430 orang dan menyebabkan sekurang-kurangnya 1,315 lagi cedera di bahagian-bahagian yang dikawal kerajaan termasuk wilayah Aleppo, Hama, Latakia dan Tartus, kata Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, di bahagian-bahagian barat laut negara itu, sekurang-kurangya 380 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera, kata kumpulan penyelamat The White Helmets.

Angka kematian meningkat ekoran beratus-ratus keluarga masih terperangkap, kata kumpulan tersebut yang beroperasi di kawasan-kawasan dikuasai puak pemisah.

“Usaha menyelamat di barat laut Syria mengalami kesukaran kerana peralatan berat diperlukan,” tambahnya.

Kumpulan itu berkata, lebih 133 bangunan telah runtuh sepenuhnya manakala 272 lagi separa runtuh selain ribuan musnah.

Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa terselamat di sebalik runtuhan bangunan di bawah hujan musim sejuk yang mencurah-curah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI