CARACAS – Presiden interim, Delcy Rodriguez meminta meminta Raja Charles III melepaskan kiira-kira 30 tan emas Venezuela yang dibekukan di bawah sekatan United Kingdom supaya boleh digunakan untuk pembinaan semula negara selepas gempa bumi.
“Saya memutuskan untuk menghantar surat kepada Raja Charles III bagi meminta emas yang disimpan oleh Bank Pusat England dilepaskan. Emas ini milik rakyat kami. Kami memerlukan emas ini untuk menangani impak gempa bumi,” katanya dalam kenyataan disiarkan televisyen Venezuela.
Gempa berganda pada bulan lalu di Venezuela membunuh sekurang-kurangnya 3,800 orang, meratakan banyak bangunan kediaman dan menyebabkan puluhan ribu penduduk hilang atau tempat tinggal.
Gempa bumi itu merupakan antara yang paling dahsyat di rantau Amerika Latin. – AFP














