fbpx
GAMBAR fail 10 November 2025 menunjukkan Trump dan Sharaa berjabat tangan di White House. – AFP 

Amerika keluarkan Syria daripada senarai negara penaja keganasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengumumkan semalam untuk mengeluarkan Syria daripada senarai negara penaja keganasan, pengisytiharan berusia berdekad-dekad yang menghalang pelaburan di Damsyik, dalam undi keyakinan kepada pemimpin baharu, Ahmed al-Sharaa.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio secara rasmi memaklumkan Kongres mengenai langkah yang sudah lama dijangka itu dan akan berkuat kuasa dalam tempoh 45 hari, melainkan Kongres mengambil tindakan luar jangkaan untuk menyekatnya.

Keputusan itu dibuat ketika Presiden Donald Trump bertemu Sharaa di luar sidang kemuncak NATO di Turkiye.

“Ini satu lagi langkah bersejarah oleh Presiden Trump untuk memberi peluang kepada rakyat Syria menjadi hebat.

“Mengangkat sekatan ke atas Syria akan membuka kunci perdagangan dan pelaburan antarabangsa, memberi peluang kepada Syria untuk membina semula negara dan membuka babak baharu untuk rakyat Syria,” kata Rubio dalam satu kenyataan.

Sokongan Trump kepada Sharaa terserlah di sebalik keraguan daripada Israel, yang berulang kali melancarkan serangan udara di Syria, salah satu musuh sekian lama Rejim Zionis.

Trump sebelum ini secara terbuka mendesak Syria untuk berdamai dengan Israel tetapi meneruskan keputusan mengeluarkan negara itu dari senarai penaja keganasan walaupun Damsyik dan Tel Aviv tidak mencapai kemajuan signifikan.  – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN