fbpx

Mayat lelaki OKU ditemui terapung di Sungai Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa mayat lelaki yang ditemui terapung di Sungai Melaka hari ini.

MELAKA – Mayat seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemui terapung di Sungai Melaka, di sini, hari ini.

Mayat mangsa, Lim Tee Siang, 38, yang lengkap berpakaian dan berselipar ditemui pemandu bot pelancong River Cruise kira-kira pukul 11.25 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada pukul 11.35 pagi dan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Melaka Tengah telah membuat pemeriksaan di lokasi.

“Setiba di lokasi, anggota menemukan mayat seorang lelaki berbangsa Cina terapung dalam keadaan tertangkup dan lengkap berpakaian serta masih berselipar.

“Mangsa dipercayai merupakan anak kepada peniaga sebuah restoran yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian dan identiti telah disahkan melalui pengecaman ahli keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil soal siasat bapa mangsa memaklumkan anaknya itu mempunyai kad OKU (masalah mental) dan baru sehari keluar daripada Hospital Melaka setelah mendapatkan rawatan penyakit berkenaan.

“Menurut bapa mangsa, sebelum kejadian anaknya itu berada di dalam restoran dan kemudian dilihat keluar bersiar-siar di tepi sungai.

“Seorang lagi saksi pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah turut melihat mangsa berjalan kaki berseorangan di kaki lima sungai berhampiran Kampung Morten pada pukul 11 pagi,” katanya.

Christopher berkata, pemeriksaan fizikal pada badan mangsa bagaimanapun tidak menemui sebarang kesan perbuatan jenayah dan mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi mengenal pasti punca kematian.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI