fbpx
Kong Cing (kiri) dan James ketika bergambar sempena pra pelancaran jenama Cheers di Fella Design Ampang, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

Fella Design bawa sofa No. 1 dunia, Cheers ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG – Peruncit perabot terkemuka Malaysia dan pakar sofa, Fella Design memperkukuhkan kedudukannya dalam industri perabot tempatan dengan membawa jenama perabot yang dilengkapi fungsi gerakan (motion furniture) nombor satu dunia, Cheers ke pasaran negara.

Pengenalan jenama milik syarikat China, Man Wah Holdings itu diumumkan menerusi pra pelancaran dan pembukaan galeri pameran baharu Cheers yang berlangsung di Fella Design & Ashley Furniture HomeStore di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fella, Yu Kong Cing berkata, Fella Design memilih Cheers sebagai rakan strategik kerana syarikat itu komited dalam membawa jenama perabot bertaraf global ke Malaysia.

“Jika kita lihat industri automotif, banyak jenama antarabangsa sudah memasuki Malaysia. Saya percaya perkara sama akan berlaku dalam industri perabot.

“Fella Design sudah bertapak selama 40 tahun, jadi kami perlu mengambil inisiatif awal untuk menjalin hubungan dengan jenama terbaik dunia bagi memastikan kami kekal sebagai perintis dalam industri perabot tempatan,” katanya.

James (kanan) menerangkan tentang fungsi sofa ‘motion’ kepada Kong Cing di pra pelancangan jenama Cheers di Fella Design Ampang, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

Menurut beliau, Cheers yang menggunakan slogan ‘World’s Number One Motion Furniture Brand’ mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam penghasilan perabot jenis gerakan (motion) dan terkenal dengan pelaburan besar dalam penyelidikan serta pembangunan (R&D) teknologi mekanisme sofa.

“Fokus utama mereka ialah sofa ‘motion’, bukannya sofa statik biasa. Keselesaan dan kefungsian diberi perhatian pada tahap tertinggi,” katanya.

Kong Cing berkata, potensi pasaran sofa bergerak di Malaysia juga sangat besar berdasarkan perkembangan di negara lain dan dianggarkan boleh mencecah 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan pasaran sofa tempatan.

Bagi galeri CHEERS di Ampang, Fella Design melaburkan kira-kira RM500,000 bagi menyediakan ruang pameran khas yang menampilkan pelbagai model sofa berfungsi gerakan premium.

Tambah Kong Cing, pelaburan itu hanyalah permulaan kerana syarikat merancang membuka sebuah gedung utama (flagship store) Cheers yang lebih besar di ibu pejabatnya sekitar Oktober atau November depan.

Sementara itu, Pengarah Eksport Jenama Cheers, James Ke berkata, pemilihan Fella Design sebagai rakan strategik di Malaysia didorong oleh reputasi kukuh syarikat itu selain hubungan ekonomi yang erat antara Malaysia dan China.

“Ini kali pertama Cheers masuk ke pasaran Malaysia. Cheers melihat Malaysia sebagai hab ekonomi penting di Asia Tenggara dan Fella Design sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan produk kami di sini.

“Sofa ‘motion’ hari ini bukan lagi sekadar sofa. Ia dilengkapi ciri pintar seperti kecerdasan buatan (AI), kawalan suara, sistem muzik bersepadu dan kemudahan pengecasan peranti. Golongan muda sangat mementingkan ciri-ciri seperti ini. Harga ditawarkan juga jauh lebih murah malah lebih berpatutan daripada sofa statik premium yang lain,” jelasnya.

Cheers kini dipasarkan di lebih 100 negara dan terkenal dengan inovasi dalam penghasilan perabot berfungsi gerakan yang menggabungkan kejuruteraan, fungsi, reka bentuk kontemporari serta keselesaan bertaraf dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN