fbpx

Lelaki maut dipukul dalam pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang lelaki tanpa identiti ditemui mati di tempat letak kereta berhadapan premis perniagaan di Jalan Penjaja di Batu Pahat malam tadi.

BATU PAHAT – Seorang lelaki tanpa identiti ditemui tidak sedarkan diri di tempat letak kereta berhadapan premis perniagaan di Jalan Penjaja dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Ismail Dollah berkata, lelaki berusia lingkungan 50 tahun itu ditemui oleh orang awam sebelum dimaklumkan kepada pihaknya kira-kira pukul 8 malam.

Bagaimanapun, katanya, lelaki berkenaan disahkan telah meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan daripada Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) yang hadir sejurus dimaklumkan.

“Susulan daripada itu, seorang warganegara asing berusia 43 tahun yang dilihat cuba melarikan diri dari tempat kejadian telah berjaya ditangkap oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di bangunan berhampiran sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Pasukan forensik daripada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor telah hadir membantu menjalankan siasatan di tempat kejadian dan hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan cedera di bahagian kepala mangsa,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Ismail lagi, pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di bangunan berhampiran dan rakaman video yang dibuat oleh saksi awam yang kebetulan berada di tempat kejadian, menunjuk ada berlaku pergaduhan antara mangsa dan suspek sebelum mangsa ditemui mati.

Ujarnya, mayat mangsa di bawa ke HSNI untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian manakala suspek yang berjaya diberkas akan di bawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi polis menjalankan siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati jika disabitkan kesalahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI