fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Fedtri Yahya yang menegur individu meminta sesuatu luar kemampuan di media sosial.

‘Tak mampu akurlah tak mampu, jangan sampai membuang maruah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengacara dan penulis lirik terkenal, Fedtri Yahya menegur sikap segelintir individu yang gemar meminta sesuatu di luar kemampuan sehingga boleh menjatuhkan maruah diri.

Menerusi satu hantaran di Facebook⁠, Fedtri menyampaikan teguran itu dalam bentuk pantun selepas membalas perkongsian seorang pengguna media sosial yang disifatkan seolah-olah meminta sesuatu yang tidak perlu daripada seorang selebriti terkenal tanah air.

Sebelum ini, seorang pengguna Threads, memuat naik komen memohon Datuk Seri Siti Nurhaliza menghulurkan sedikit bantuan agar dia dapat membeli kelengkapan buku dan pensel warna buat anaknya dengan anggaran harga RM800.

“(Datuk Seri Siti Nurhaliza) kalau sudi ‘topup’ sedikit untuk beli hadiah buat anak saya satu set buku dan pensel warna yang dia suka sangat.

“Tapi mahal sangat, saya tak mampu. Saya dah kumpul duit pun baru dapat RM400, lagi RM400 tak cukup. Tetapi saya memang nak sangat tengok dia gembira dapat set mewarna tu,” kata wanita tersebut.

Bagaimanapun, komen wanita itu mendapat perhatian Fedtri dan kemudian beliau meninggalkan komen teguran secara pantun.

“Kalau lampu katakan lampu, tak akan sumbu cahaya melimpah. Tak mampu akurlah tak mampu, jangan sampai membuang maruah,” tegurnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan teguran berkenaan dan menyifatkan mesej disampaikan cukup mendalam.

“Betul, jika tak mampu buat cara tak mampu. Tak perlu sampai nak meminta,” kata seorang pengguna.

“Aduh, anak panah tepat ke jantung,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN