fbpx

BAM hantar pemain gabungan ke BAMTC, Piala Surdiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOONG HANN menyatakan senarai nama pemain yang beraksi pada BAMTC bakal diumumkan tidak lama lagi sambil memberi bayangan mungkin akan menggunakan formula sama pada Piala Sudirman yang berlangsung di Suzhou, China, Mei depan.

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedia mempertaruhkan gabungan pemain profesional dan skuad kebangsaan menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Piala Sudirman (China) tahun ini.

Perkembangan tersebut disahkan sendiri oleh Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann sebaik sahaja pengesahan penyertaan pemain negara pada kejohanan tersebut ditutup pada hari ini.

Bagaimanapun, Choong Hann memberitahu nama-nama pemain yang beraksi pada BAMTC bakal diumumkan tidak lama lagi sambil memberi bayangan mungkin akan menggunakan formula sama pada Piala Sudirman yang berlangsung di Suzhou, China, Mei depan.

“Kami akan umumkan dalam masa terdekat. Ia mungkin melibatkan pemain campuran profesional dan BAM menjelang kejohanan di UAE pada Februari depan.

“Semua keputusan ini dibuat dengan perbincangan antara semua pihak. Mungkin kerjasama ini akan berterusan untuk Piala Sudirman pada Mei nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan (JKK) di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama badan induk badminton negara melakukan tindakan sedemikian memandangkan BAM pernah menggunakan gabungan pemain profesional dan kebangsaan sebelum ini.

Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 yang juga dikenali sebagai Piala Tong Yun Kai 2023 ialah kejohanan edisi ketiga melibatkan pasukan badminton campuran negara terbaik di Asia.

Kejohanan itu akan diadakan di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu bermula 14 hingga 19 Februari 2023. Pasukan China adalah juara bertahan kejohanan tersebut pada edisi 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI