fbpx

Safawi tawar diri aksi Sukan SEA, Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI mengidamkan gelaran bersama skuad kebangsaan dan bersedia untuk menyertai skuad Sukan SEA atau Sukan Asia jika khidmatnya diperlukan.

KAPTEN skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid bersedia menawarkan diri untuk mewakili kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2023 dan Sukan Asia 2022 selepas pasukan kebangsaan tersingkir di peringkat separuh akhir Piala AFF 2022 kali ini.

Sebagai rekod, kedua-dua temasya tersebut merupakan saingan bagi skuad peringkat bawah 23 (B-23) tahun, tetapi setiap pasukan dibenarkan untuk membawa tiga orang pemain lebih umur.

Menurut Safawi, tiada istilah menolak panggilan skuad kebangsaan pada mana-mana perin­gkat ataupun alasan penat kerana apa yang pen­ting adalah untuk membantu pasukan negara mengecapi kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Saya tidak kisah andai ada jurulatih yang nak gunakan saya selepas ini, saya akan sahut (ke temasya Sukan SEA atau Sukan Asia), tiada masalah buat saya.

“Secara peribadi, saya masih muda dan saya mahu dapatkan sekurang-kurangnya satu kejua­raan buat Malaysia sebelum karier berakhir nanti,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

Safawi yang telah dipinjamkan ke kelab Ratchaburi dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah ditemui selepas pulang daripada tugas bersama Harimau Malaya pada kempen Piala AFF 2022.

Skuad negara kendalian Kim Pan-gon tewas di peringkat separuh akhir kepada Thailand de­ngan agregat 1-3 sekali gus meranapkan harapan Harimau Malaya untuk menjulang kejayaan pertama sejak edisi 2010.

Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini telah beraksi pada temasya Sukan SEA 2017 dan berjaya membantu skuad negara memenangi pingat perak selain melangkah ke peringkat 16 terbaik pada Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Saingan Sukan SEA 2023 dijadualkan berlangsung di Kemboja pada Mei depan, manakala Sukan Asia 2022 bakal dijalankan di China pada September dengan pasukan B-23 negara ketika ini dibimbing oleh E. Elavarasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI