fbpx

Zainal Abidin bukan duda, Fyna Jebat kahwin suami orang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMBUL dakwaan menerusi TikTok bahawa Zainal Abidin berstatus suami orang ketika menikahi penyanyi, Fyna Jebat. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – “Maaf saya tengah meeting (dalam mesyuarat).”

Demikian respons ringkas bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan kepada Kosmo! Online ketika diminta mengulas tentang perkahwinan dengan penyanyi, Fyna Jebat sementelah dirinya bukanlah berstatus duda.

Selepas memberikan kenyataan tersebut, Zainal, 62, terus meletakkan telefon dan gagal dihubungi lagi sama ada menerusi panggilan telefon mahupun pesanan WhatsApp.

Terdahulu, tular dalam TikTok pengguna Twitter mendedahkan bekas pemain bola sepak yang terkenal pada era 1980-an dan 90-an itu berkahwin dengan Fyna dan bukanlah berstatus duda.

“Bila pula Zainal tu duda,” demikian coretan dalam sebuah video dimuat naik dalam platform media sosial tersebut seraya memaparkan untaian foto Zainal bersama isteri pertamanya.

Sehubungan itu, ramai yang berasa hairan mengapa Fyna tidak dikecam seperti Ira Kazar yang berkahwin dengan suami Puteri Sarah iaitu Syamsul Yusof sedangkan dirinya berkahwin dengan lelaki yang statusnya masih berstatus suami orang.

Malam tadi, Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat, 30, mengesahkan dirinya sudah berkahwin dengan Zainal.

“Alhamdulillah, saya telah bernikah. Harap doakan saya dan keluarga,” katanya ketika ditemui usai program realiti, Famili Duo.

Sungguhpun begitu, Fyna yang juga adik kepada pelakon Ayda Jebat itu enggan memperincikan butiran lanjut, termasuk tarikh perkahwinan mereka. – K0SMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI