fbpx

Dua hilang selepas kereta jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan jeti feri Tanjung Kunyit Sungai Maaw ditutup sementara pencarian mangsa dilakukan.

SIBU – Seorang lelaki dan wanita hilang manakala seorang lagi lelaki selamat selepas kereta dinaiki mereka terjatuh dari feri di jeti feri Tanjung Kunyit Sungai Maaw, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.11 pagi hari ini, dan segera menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan BBP Sungai Merah ke lokasi.

“Hasil maklumat yang di terima terdapat tiga orang mangsa yang berada di dalam kereta Toyota Camry tersebut.

“Seorang mangsa berjaya keluar dengan selamat manakala dua orang mangsa lagi belum dipastikan keadaan dan lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata mangsa yang selamat berusia 38 tahun dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam.

Manakala mangsa yang masih hilang ialah lelaki berusia 61 tahun serta wanita yang belum dikenal pasti identiti.

Katanya usaha pencarian sedang giat dijalankan dengan dibantu Pasukan Polis Marin.

“Pencarian dilakukan dengan kaedah di atas permukaan air,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI