fbpx

Julia Farhana kini isteri Dr. Che Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Julia Farhana kini sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Dr. Che Hafiz.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 28, mengakui majlis pernikahannya yang berlangsung pada 14 Disember lalu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

“Saya mahu berkongsi secara rasmi bahawa saya kini isteri kepada Che Hafiz.

“Kami ingin mohon maaf kerana lewat memberitahu hal ini kepada rakan-rakan dan media kerana ia adalah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga.

“Saya dan suami memohon doa semua dalam perjalanan kami sebagai suami isteri” katanya.

Sementara itu, Che Hafiz atau Che
Muhammad Hafiz Che Baharom, 32, turut
berkongsi gambar dan ucapan sama dalam
akaun laman sosialnya.

“Alhamdulillah sesi akad nikah saya dan isteri telah berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Difahamkan, pasangan itu kini sedang berbulan madu di Indonesia.

Terdahulu, pada 14 November lalu, Julia mendedahkan sudah bertunang dengan Che Hafiz dan bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Che Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tanga dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI