fbpx

‘Ah Long’ hantar konco serang lelaki di hospital, rampas kereta mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA mangsa yang diletakkan di tempat letak kereta hospital dilarikan oleh pengutip hutang. - YouTube

BANGKOK – Seorang lelaki diserang dengan kejam oleh pemungut hutang ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam kejadian di hospital berkenaan di wilayah Chon Buri, empat lelaki memasuki wad dan memukul mangsa, sebelum melarikan kunci keretanya.

Mereka menjumpai kereta mangsa di tempat letak kereta hospital itu dan melarikannya. Menurut laman berita Thai News Room, kereta itu berharga sekitar 689,000 baht (RM86,919).

Media Thailand melaporkan, lelaki itu telah dimasukkan ke hospital setelah meminjam wang daripada seorang pemberi pinjaman.

Dia meminjam 100,000 baht (RM12,614) tetapi bergelut untuk melangsaikan hutang. 

Lelaki itu kemudian jatuh sakit dan memerlukan rawatan di hospital. Bagaimanapun, keadaan dirinya tidak dihiraukan oleh pemberi pinjaman untuk menagih hutang. 

Mereka memecah masuk wad ketika mangsa menerima rawatan sebelum menyerang dan mengugut mangsa. 

Selepas membuat laporan polis, pegawai penyiasat melancarkan siasatan dan dapat mengenal pasti seorang suspek. 

Waran tangkap dikeluarkan ke atas seorang lelaki berusia 27 tahun yang melarikan diri selepas kejadian itu ke wilayah Uthai Thani.

Polis mengejarnya ke wilayah utara dan berjaya menjejakinya. Dia menafikan sebarang penglibatan dalam serangan di hospital itu tetapi berdepan pertuduhan berkumpul untuk mencuri harta benda. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI