fbpx

Mahkamah: Dituduh laku amang seksual terhadap murid perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Anuar berhadapan tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizika terhadap murid perempuan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pembantu guru muzik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan amang seksual terhadap pelajar perempuannya pada empat tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Anuar Wahab, 40, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Anuar didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap murid perempuannya yang berusia sembilan tahun sewaktu kejadian.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah sekolah dan di tepi jalan di daerah Kuala Nerus antara pukul 1 tengah hari hingga 2 petang pada 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin namun perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran serta tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi sepanjang prosiding berlangsung.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Disember ini. Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI