fbpx

LRT stabil, lancar biarpun sedikit gangguan sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dibuka sepenuhnya bermula 6 pagi, hari ini. - FOTO/ FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Operasi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya pada hari pertama pembukaan semula kemudahan itu setakat pukul 4 petang ini, berjalan lancar dan stabil.

Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) dalam kenyataan memaklumkan, terdapat gangguan sementara kepada sistem bukan kritikal keselamatan pada pukul 12.43 tengah hari tadi yang menjejaskan beberapa stesen di sekitar Stesen Damai.

“Bagaimanapun ia telah dipulihkan dalam masa 15 minit. Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada penumpang-penumpang yang terjejas.

“Kelancaran keseluruhan sistem LRT Laluan Kelana Jaya akan terus dipantau oleh pakar teknikal Rapid Rail bagi memastikan operasi dan sistem kekal stabil serta selamat untuk semua pengguna,” katanya hari ini.

Ujarnya lagi, tinjauan di stesen-stesen utama sekitar Kuala Lumpur ketika waktu puncak pagi menunjukkan pergerakan penumpang adalah lancar.

“Kesesakan penumpang di stesen-stesen telah berkurangan, namun polis bantuan, pegawai-pegawai stesen dan juga kakitangan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) masih memantau keadaan.

“Sebagai langkah persediaan, sejumlah 92 bas perantara percuma diaktifkan untuk memberi pilihan alternatif serta kemudahan kepada orang awam,” katanya.

Berhubung pampasan kepada penumpang LRT Kelana Jaya, ia bermula hari ini dan kakitangan stesen telah membantu memberi penerangan kepada penumpang.

Katanya lagi, pihak Prasarana dan Rapid Rail berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menggunakan pengangkutan awam.

“Kami memberi jaminan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI