fbpx
Gambar hiasan janaan AI.

Wanita warga asing cemas diekori lelaki berbaju hitam di MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Wanita warga asing meminta pertolongan seorang lelaki selepas mendakwa dirinya diekori lelaki tidak dikenali di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sentul Barat, baru-baru ini.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Minhock, dia mendapati wanita berbadan kecil itu berada dalam keadaan ketakutan dan menggigil ketika menghampirinya untuk meminta bantuan kira-kira pukul 10 malam.

Menurutnya, gadis berkenaan mendakwa seorang lelaki berbaju hitam telah merenungnya secara berulang kali ketika berada di dalam tren sebelum bertindak mengekorinya sebaik sahaja turun di stesen berkenaan.

“Apabila kami berjalan keluar dari stesen, lelaki tersebut sudah tiada di situ. Bagaimanapun, dia (gadis warga asing) masih berasa tidak selamat dan meminta jika saya boleh menemaninya berjalan seketika.

“Saya menemaninya dan berjalan bersamanya hingga hampir di rumahnya. Saya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku, tapi situasi itu jelas membuatkan dia berasa tidak selesa sehingga terpaksa meminta bantuan,” katanya.

Jelasnya lagi, wanita yang berjalan sendirian pada waktu malam perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan tidak teragak-agak untuk meminta pertolongan atau menjerit jika perlu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan pantas lelaki berkenaan yang sanggup membantu dan memastikan keselamatan gadis tersebut.

“Terima kasih kerana bantu wanita itu. Sebagai seorang wanita berbadan kecil, pandangan yang tidak menyenangkan daripada lelaki di sekeliling memang amat menakutkan,” ujar Itisme_Nelly.

“Nasib baik awak terbuka hati nak tolong teman dia kejap. Saya pun selalu elakkan keluar lewat malam seorang diri, dunia sekarang dah tak berapa selamat,” kata Aishasaad1711. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN