fbpx

Kerajaan tumpu keusahawanan pacu ekonomi penduduk kampung – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL Sabri melihat kain batik yang dihasilkan usahawan tempatan pada majlis perasmian Mini Karnival Usahawan Desa di Dataran Kerayong di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain pembangunan infrastruktur dan pendidikan, kerajaan turut memberikan tumpuan kepada bidang keusahawanan yang merupakan elemen penting sebagai pemacu pembangunan ekonomi dalam kalangan penduduk kampung di luar bandar.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan kerajaan telah mencapai kejayaan dalam konteks pembangunan infrastruktur di luar bandar dan telah melahirkan anak-anak luar bandar yang berjaya dalam pelbagai bidang dengan membelanjakan berbilion ringgit.

Justeru katanya, selain pembangunan infrastruktur dan pendidikan, kerajaan juga memberikan tumpuan kepada satu lagi elemen penting iaitu keusahawanan sebagai pemacu pembangunan ekonomi termasuk dalam kalangan penduduk kampung.

“Saya sering membayangkan penduduk kampung kita menceburi pelbagai bidang ekonomi yang bukan hanya aktiviti ekonomi tradisional seperti bertani dan menoreh getah atau nelayan kecil bagi yang tinggal di pinggir pantai.

“Keusahawanan perlu menjadi kerjaya pilihan utama dalam bidang ekonomi berimpak tinggi yang akan menjadi sumber pendapatan berterusan (sustainable) dan seterusnya memberikan manfaat yang lebih meluas kepada penduduk luar bandar,”katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa di Dataran Kerayong di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan mempunyai matlamat untuk memastikan semua kawasan luar bandar mencapai aspirasi seperti mana dirumuskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar iaitu wawasan “Luar Bandar Yang Sejahtera, Inklusif, Mampan dan Holistik” menjelang tahun 2030.

Katanya, bagi memastikan pembangunan luar bandar seiring dengan dasar yang ditetapkan, kerajaan memperuntukkan lebih RM10.93 bilion dalam Bajet 2023, iaitu empat peratus
lebih tinggi berbanding peruntukan KPLB pada tahun sebelumnya.

Jelasnya ini bagi memastikan perancangan dan strategi bersepadu bagi pembangunan luar bandar diteruskan dan dapat memberikan manfaat kepada lebih 8.1 juta penduduk luar
bandar.

Katanya, antara perkara yang telah dibentang dalam Bajet 2023 bagi pembangunan luar bandar antaranya ialah peruntukan sebanyak RM2.55 bilion bagi menambah baik kemudahan infrastruktur luar bandar dan perunntukan bagi bina baharu dan baik pulih rumah akan ditingkatkan daripada RM361 juta kepada RM460 juta

“Selain itu projek bekalan elektriklLuar Bandar dengan peruntukan sebanyak RM472 juta dan Projek Bekalan Air Luar Bandar dan Bekalan Air Alternatif berjumlah RM381 juta
serta RM123 juta bagi projek lampu jalan kampung melalui pemasangan baharu 6,800 unit lampu dan penyelenggaraan

“Ini sudah pasti akan dapat dicapai jika Kerajaan yang stabil dapat dibentuk melalui pilihan Keluarga Malaysia di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November nanti,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI